Sunday, February 23, 2014



Gambar Foto atau Lukisan


TIADA KATA SECANTIK BAHASA

TIADA GAMBAR SEINDAH LUKISAN
TIADA FOTO SETANDING LUKISAN POTRET
UNTUK KU ABADIKAN KENANGAN 


Sebuah gambar membawa seribu cerita, tapi sebuah lukisan mengambarkan pengertian yang tersendiri dan tiada kata-kata, atau bahasa yang dapat menghuraikan isinya yang bergitu unik dan tersendiri.

Bandingkan sebuah  gambat foto yang dirakamkan dengan sebuah kamera dan sebuah hasil lukisan tangan yang dihasilkan oleh seorang pelukis.

Pada zaman IT gambar foto dirakamkan dengan hanya memetik butang  dan  gambar digital terus dapat di rakamkan di skrin  LED.  Tapi sebuah  lukisan  hanya dapat dihasilkan melalui satu proses yang  unik dan luar biasa. Dari  perhatian seorang peluki kepada  imiginasi di dalam minda dan di  transform kepada  dalam bentuk lukisan atas kertas , kanvas , kaca , ceramis dan bermacam macam permukaan lagi. Ia merupakan seni yang unik.

Hasil lukisan dari pelukis tersohor dunia seperti Leonardo da Vinci menjadi bahan rujukan kepada ramai orang dan tak ternilai. Dengan demikian hasil karya seni mereka tidak dapat dilupakan walau zaman berganti zaman.


Apa khabar semua, saya doakan, di tahun 2014 ini anda akan tercapai segala hajat di hati.

Gambar foto ialah imej yang dicipta oleh cahaya yang jatuh pada permukaan peka cahaya, biasanya filem fotografi atau pengimej elektronik seperti peranti caj terganding (CCD) atau cip semikonduktor oksida logam pelengkap (CMOS).  https://ms.wikipedia.org/wiki/Gambar_foto

Seni tampak yang menggunakan alat lukis untuk membuat garisan/gambar pada medium dua dimensi. Alat biasa termasuklah  grafitpenselpen dan dakwat, berus dakwat, pensel warna lilin, krayonarangkapur  tulis,  pastel,   penanda, stilus, atau pelbagai logam seperti silverpoint. Orang atau artis yang berkarya melukis ini dipanggil pelukis manakala hasilnya dipanggil lukisan. https://ms.wikipedia.org/wiki/Lukisan

Melukis merupakan satu seni yang unik. Ia telah wujud sejak manusia mula menapak di bumi ini. Penemuan lukisan gua pada dinding dan lelangit gua adalah bukti bahawa manusia mula melukis sejak zaman purba lagi.

Lukisan tentang kehidupan harian, tentang peristiwa yang berlaku, tentang penghijrahan, dsbnya. Ini menunjukkan lukisan memainkan peranan yang amat mustahak buat manusia sejak purba lagi.

Apabila manusia semakin maju, begitu juga perkembangan seni lukis, dari pada lukisan pada dinding gua menggunakan batu sebagai bahan melukis, berkembang kepada arang, dakwat, pensil, pen, dye, cat dan banyak lagi di atas permukaan kayu, daun, kain dan dsbnya.


Cuba kita memperhatikan di sekeliling kita. Adakah di antara kita yang perasan tentang bagaimana peralatan dapur, peralatan electrik, pensil atau pen yang kita guna pakai setiap hari, rumah yang kita tinggal bersama orang yang kita sayangi, kenderaan yang kita pandu,dsbnya.  Adakah segala ciptaan yang berada di sekeliling kita terhasil tanpa memerlukan lukisan? Renungkanlah!

Baiklah, saya ingin berkongsi dengan anda tentang sebatang pen yang kita gunakan untuk menulis, barangkali melukis.

Ia bermula dari imaginasi seorang pereka atau pencipta, apa maksudnya. Maksudnya adalah pencipta itu membayangkan imej sebatang pen dalam otaknya. Ini bermaksud pencipta itu sedang melukis sebatang pen dalam mindanya. Kemudian beliau merealisasikan bayangan minda itu ke atas permukaan kertas dengan menggunakan pensil. Jadi, anda sudah nampak apa yang sedang berlaku? Ya lukisan demi lukisan telah wujud bermula dari bayangan minda kepada bahan nyata di atas kertas.

Dari titik ini lukisan blueprint akan di draft untuk dirujuk oleh pembuat pen. Maka lukisan terperinci dilukis dengan jelas untuk membolehkan pembuat menghasilkan sebuah pen.

Proses ini diaplikasikan kepada semua jenis ciptaan dari sekecil-kecil berbola besi pada mata pen sehinggalah sebesar-besar kapal angkasa.

APA PENDAPAT ANDA TENTANG KENYATAAN INI?

LUKISAN POTRET


Lukisan Potret adalah representasi seni dari seseorang, yang mana wajah atau ekspresinya adalah hal yang utama. Dimaksudkan untuk menampilkan, personaliti, dan juga perasaan seseorang. Untuk alasan ini, fotografi potret pada umumnya bukanlah foto spontan (snapshot), namun komposisi seseorang dalam kondisi diam dan dipersiapkan. Sebuah potret seringkali menampilkan seseorang yang melihat langsung  ke pelukis atau jurufoto (photographer), dengan tujuan yang berkaitan antara subjek dengan yang melihat potret tersebut.

Pada zaman silam bangsawan telah mulai melestarikan wajah dirinya melalui lukisan untuk tatapan anak cucu dan keturunan seterusnya .  Namun, lukisan potret tidak begitu menonjol kepada pengetahuan umum sebelum zaman pembaharuan ( Renaissance ).  Lukisan potret dimulai di ketengahkan untuk pengetahuan  umum oleh pelukis-pelukis seperti Leonardo da Vinci, Michelangelo, Raffael dan Tizian.

Pada abad berikutnya, lukisan potret berkembang semakin pesat. Sebagai contoh, pada abad ke-17, Peter Paul Rubens adalah pelukis upahan ( commission ) yang sangat diminati. Bangsawan dan orang kaya mengabadikan  gambar mereka untuk anak cucu oleh pelukis Baroque yang terkenal ini.
Dengan penemuan alat  fotografi pada abad 19 dan 20 dan kaedah komunikasi, semua orang dapat merakamkan gambar mereka dengan mudah dan murah.

Seorang pelukis potret yang baik  mesti dapat  menghasilkan gambar yang benar-benar realistic dan hidup dalam cara  pelukis itu sendiri. Ia tidak semestinya melukis apa yang dia lihat,  tetapi menghasilkan sebuah potret yang dapat menangkap pemerhati yang melihatnya.
Baiklah, mari kita cuba perhatikan gambar foto seorang kanak-kanak yang comel yang dirakamkan dengan handphone dengan beberapa lukisan potret yang dilukis.

foto baby dari digicam
lukisan ini di ambil dari internet sebagai rujukan

   Apa perbezaannya dan apa yang anda dapat rasakan dari pengamatan itu?

Ya, berbeza dan kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Seni foto dan seni lukis masing-masing mempunyai keunikan sendiri.


Figure 1 Rujukan dari internet

Bagaimana dengan lukisan ini pula?

Lukisan potret begitu unik dan memberikan kepuasan yang luarbiasa kepada pelukis dan begitu juga empunya gambar yang dipotretkan. Lukisan potret dijadikan cenderahati kepada yang tersayang. Cenderahati kepada syarikat koperat dan koleksi peribadi.

Anda juga dapat mengubah gambar-gambar foto nostalgia, kenangan manis bersama orang yang tercinta, mengabungkan wajah – wajah orang yang begitu penting dalam hidup anda menjadi satu dengan anda, atau haiwan kesayangan perliharaan anda seperti kucing, burung dsbnya kepada lukisan atau potret.

UNTUK MELIHAT CONTOH DAN JENIS-JENIS LUKISAN POTRET
KLIK DISINI



1 comment: