Gambar Foto atau Lukisan
TIADA KATA SECANTIK BAHASA
TIADA GAMBAR SEINDAH LUKISAN
TIADA FOTO SETANDING LUKISAN POTRET
UNTUK KU ABADIKAN KENANGAN
Sebuah gambar membawa seribu cerita, tapi sebuah lukisan mengambarkan pengertian yang tersendiri dan tiada kata-kata, atau bahasa yang dapat menghuraikan isinya yang bergitu unik dan tersendiri.
Bandingkan sebuah gambat foto yang dirakamkan dengan sebuah kamera dan sebuah hasil lukisan tangan yang dihasilkan oleh seorang pelukis.
Pada zaman IT gambar foto dirakamkan dengan hanya memetik butang dan gambar digital terus dapat di rakamkan di skrin LED. Tapi sebuah lukisan hanya dapat dihasilkan melalui satu proses yang unik dan luar biasa. Dari perhatian seorang peluki kepada imiginasi di dalam minda dan di transform kepada dalam bentuk lukisan atas kertas , kanvas , kaca , ceramis dan bermacam macam permukaan lagi. Ia merupakan seni yang unik.
Hasil lukisan dari pelukis tersohor dunia seperti Leonardo da Vinci menjadi bahan rujukan kepada ramai orang dan tak ternilai. Dengan demikian hasil karya seni mereka tidak dapat dilupakan walau zaman berganti zaman.
Apa khabar semua, saya doakan, di tahun 2014 ini anda akan tercapai segala hajat di hati.
Gambar foto ialah imej yang dicipta oleh cahaya yang jatuh pada permukaan peka cahaya, biasanya filem fotografi atau pengimej elektronik seperti peranti caj terganding (CCD) atau cip semikonduktor oksida
logam pelengkap (CMOS). https://ms.wikipedia.org/wiki/Gambar_foto
Seni tampak yang menggunakan alat lukis untuk membuat
garisan/gambar pada medium dua dimensi. Alat biasa termasuklah grafit, pensel, pen
dan dakwat, berus dakwat, pensel warna lilin, krayon, arang, kapur tulis, pastel, penanda, stilus, atau pelbagai logam seperti silverpoint. Orang atau
artis yang berkarya melukis ini dipanggil pelukis manakala hasilnya dipanggil lukisan.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Lukisan
Melukis merupakan satu seni yang
unik. Ia telah wujud sejak manusia mula menapak di bumi ini. Penemuan lukisan
gua pada dinding dan lelangit gua adalah bukti bahawa manusia mula melukis
sejak zaman purba lagi.
Lukisan tentang kehidupan harian,
tentang peristiwa yang berlaku, tentang penghijrahan, dsbnya. Ini menunjukkan
lukisan memainkan peranan yang amat mustahak buat manusia sejak purba lagi.
Apabila manusia semakin maju, begitu
juga perkembangan seni lukis, dari pada lukisan pada dinding gua menggunakan
batu sebagai bahan melukis, berkembang kepada arang, dakwat, pensil, pen, dye,
cat dan banyak lagi di atas permukaan kayu, daun, kain dan dsbnya.
Cuba kita memperhatikan di
sekeliling kita. Adakah di antara kita yang perasan tentang bagaimana peralatan
dapur, peralatan electrik, pensil atau pen yang kita guna pakai setiap hari,
rumah yang kita tinggal bersama orang yang kita sayangi, kenderaan yang kita
pandu,dsbnya. Adakah segala ciptaan yang
berada di sekeliling kita terhasil tanpa memerlukan lukisan? Renungkanlah!
Baiklah, saya ingin berkongsi dengan
anda tentang sebatang pen yang kita gunakan untuk menulis, barangkali melukis.
Ia bermula dari imaginasi seorang
pereka atau pencipta, apa maksudnya. Maksudnya adalah pencipta itu membayangkan
imej sebatang pen dalam otaknya. Ini bermaksud pencipta itu sedang melukis
sebatang pen dalam mindanya. Kemudian beliau merealisasikan bayangan minda itu
ke atas permukaan kertas dengan menggunakan pensil. Jadi, anda sudah nampak apa
yang sedang berlaku? Ya lukisan demi lukisan telah wujud bermula dari bayangan
minda kepada bahan nyata di atas kertas.
Dari titik ini lukisan blueprint
akan di draft untuk dirujuk oleh pembuat pen. Maka lukisan terperinci dilukis
dengan jelas untuk membolehkan pembuat menghasilkan sebuah pen.
Proses ini diaplikasikan kepada
semua jenis ciptaan dari sekecil-kecil berbola besi pada mata pen sehinggalah
sebesar-besar kapal angkasa.
APA PENDAPAT ANDA TENTANG KENYATAAN INI?
LUKISAN POTRET
Lukisan
Potret
adalah representasi seni dari seseorang, yang mana wajah atau ekspresinya
adalah hal yang utama. Dimaksudkan untuk menampilkan, personaliti, dan juga perasaan seseorang. Untuk alasan ini, fotografi
potret pada umumnya bukanlah foto spontan (snapshot), namun komposisi
seseorang dalam kondisi diam dan dipersiapkan. Sebuah potret seringkali
menampilkan seseorang yang melihat langsung ke pelukis atau jurufoto (photographer),
dengan tujuan yang berkaitan antara subjek dengan yang melihat potret tersebut.
Pada zaman silam bangsawan telah
mulai melestarikan wajah dirinya melalui lukisan untuk tatapan anak cucu
dan keturunan seterusnya . Namun,
lukisan potret tidak begitu menonjol kepada pengetahuan umum sebelum zaman
pembaharuan ( Renaissance ). Lukisan
potret dimulai di ketengahkan untuk pengetahuan umum oleh pelukis-pelukis seperti Leonardo da
Vinci, Michelangelo, Raffael dan Tizian.
Pada abad berikutnya, lukisan
potret berkembang semakin pesat. Sebagai contoh, pada abad ke-17,
Peter Paul Rubens adalah pelukis upahan ( commission ) yang sangat diminati.
Bangsawan dan orang kaya mengabadikan gambar mereka untuk anak cucu oleh pelukis
Baroque yang terkenal ini.
Dengan penemuan alat fotografi pada abad 19 dan 20 dan kaedah komunikasi,
semua orang dapat merakamkan gambar mereka dengan mudah dan murah.
Seorang pelukis potret yang
baik mesti dapat menghasilkan gambar yang benar-benar
realistic dan hidup dalam cara pelukis
itu sendiri. Ia tidak semestinya melukis apa yang dia lihat, tetapi menghasilkan sebuah potret yang dapat
menangkap pemerhati yang melihatnya.
Baiklah, mari kita cuba perhatikan
gambar foto seorang kanak-kanak yang comel yang dirakamkan dengan handphone
dengan beberapa lukisan potret yang dilukis.
| foto baby dari digicam |
![]() |
| lukisan ini di ambil dari internet sebagai rujukan |
Apa perbezaannya dan apa yang anda dapat rasakan dari pengamatan itu?
Ya, berbeza dan kedua-duanya
mempunyai kelebihan tersendiri. Seni foto dan seni lukis masing-masing
mempunyai keunikan sendiri.
Figure 1 Rujukan dari internet
Bagaimana dengan lukisan ini pula?
Lukisan potret begitu unik dan
memberikan kepuasan yang luarbiasa kepada pelukis dan begitu juga empunya
gambar yang dipotretkan. Lukisan potret dijadikan cenderahati kepada yang
tersayang. Cenderahati kepada syarikat koperat dan koleksi peribadi.
Anda juga dapat mengubah
gambar-gambar foto nostalgia, kenangan manis bersama orang yang tercinta,
mengabungkan wajah – wajah orang yang begitu penting dalam hidup anda menjadi
satu dengan anda, atau haiwan kesayangan perliharaan anda seperti kucing,
burung dsbnya kepada lukisan atau potret.
UNTUK MELIHAT CONTOH DAN
JENIS-JENIS LUKISAN POTRET
KLIK DISINI

.jpg)