MY GALERI




MY GALLERY

Saya mula melukis sejak tahu memegang arang. Mak pernah menceritakan bahawa saya suka conteng apa saja  atas permukaan tanah, dinding dan lantai sehingga merosakkan simpanan lukisan hiasan bantal mak ketika masih kecil lagi seawal usia 3 tahun.
Saya berasa teramat bersyukur  kerana dianugerahkan dengan bakat semula jadi ini. Saya juga percaya  ramai lagi orang yang pandai melukis. Syukurlah, bumi ini dipenuhi dengan orang berbakat dalam bidang masing-masing.
Sudah agak lama saya tidak melukis oleh  kerana sebab-sebab yang tertentu. Saya juga suka  membuat wajah manusia dengan tanah liat dan bentuk haiwan dengan cemen, tidak ketinggalan juga mengukir.
Tetapi agak kecewa kerana saya tidak dapat berkongsi dengan anda semua, kerana hasil kerja saya telah musnah (tidak dikongsikan ) dan ada yang diberikan kepada kenalan.
Namun begitu, saya amat berterima kasih ke atas apa yang telah berlaku. Saya amat-amat bersyukur kerana ilmu dan pengetahuan saya mengenai SENI LUKIS  masih kekal dengan saya. Dan saya masih boleh melakukan lagi dan lebih baik dari sebelumnya.
Saya mengambil keputusan untuk melukis semula pada 10hb. Februari 2014.
Komen anda amat dialu-alukan.
apongko






TITIK PERMULAAN BARU
Ini merupakan serba sedikit hasil tangan saya untuk berkongsi bersama.


Figure 1 Lukisan saya dan anak semasa bekerja sambil belajar di Singapora pada 26-09-1999



Figure 2 Ball Pen stroke Free style Potret Sendiri pada 10-2-2014




 MELIHAT HASIL KERJA TANGAN APONGKO







No comments:

Post a Comment